KUALA LUMPUR: Malaysia berada di landasan yang tepat ke arah memastikan kesiapsiagaan negara menghadapi bencana alam, kata Timbalan Pengarah Eksekutif MERCY Malaysia Hafiz Amirrol.
Beliau berkata antara aspek penambahbaikan dilaksana adalah dari segi pengurusan maklumat dan komunikasi serta kesedaran mengenai risiko dan keperluan menghadapi bencana di setiap peringkat merangkumi kerajaan pusat, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.
"Persediaan dalam bentuk kefahaman tentang risiko itu, contohnya pihak berkenaan mempunyai kesedaran dan kefahaman mengenai keperluan dana iaitu untuk respons, pemulihan dan kesiapsiagaan.
"Di samping itu, penambaikan dapat dilihat di agensi teknikal terutamanya, setiap tindakan dibuat berkait dengan pengurusan risiko bencana sudah lebih risk-informed decision and planning (keputusan dan perancangan berlandaskan maklumat risiko)," katanya ketika dihubungi Bernama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada 24 Feb lepas mengumumkan RM150 juta disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi menambah baik keperluan aset, sistem amaran dan bantuan bencana kepada rakyat yang terkesan.
Sejumlah RM50 juta diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), bomba dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi menyediakan peralatan dan aset untuk menghadapi bencana manakala peranan komuniti sebagai kumpulan awal ketika bencana turut diperkasa dengan peruntukan RM20 juta di bawah Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti.
Hafiz berkata peruntukan kerajaan bagi persiapan menghadapi bencana itu disifatkan sebagai pembiayaan risiko perlu digunakan secara optimum dan ditadbir kelola melalui tadbir urus risiko yang baik di setiap peringkat pengurusan bencana.
Beliau berkata peranan NADMA, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan pihak berkepentingan termasuk badan bukan kerajaan penting dalam tadbir urus risiko supaya peruntukan digunakan secara optimum dan program pemerkasaan itu dijalankan dengan berkesan.
Katanya, penambahbaikan juga perlu dilaksanakan dari segi sistem amaran bencana khususnya memastikan sebaran maklumat itu dibuat dengan pantas, menyeluruh dan mudah difahami kepada segenap masyarakat termasuk Orang Kurang Upaya (OKU).
Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Khamarrul Azahari Razak berpandangan inisiatif kerajaan dengan menumpukan sistem amaran awal itu mencerminkan komitmen kerajaan memenuhi agenda global, Kerangka Kerja Sendai untuk Pengurangan Risiko Bencana 2015-2030.
Beliau berkata kesiapsiagaan agensi kerajaan terutama responder atau penggerak balas berada pada tahap baik berdasarkan pemerhatian di lapangan, namun kapasiti agensi itu perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa memandangkan keperluan berdepan bencana berbeza bergantung kepada skala, lokasi dan jenis bencana.
"Selain memperkasakan pihak kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan, kerajaan juga perlu memberi perhatian kepada penyelenggaraan aset dan bukan hanya tertumpu kepada pembelian aset baharu.
"Kita juga harus mengambil kira senario pada masa hadapan, apa yang kita rujuk sebagai bencana baru muncul seperti bencana (banjir puing) yang berlaku di Baling, Kedah iaitu bencana berasaskan sediment oleh itu, jumlah peruntukan mungkin perlu ditingkatkan pada masa depan," katanya.
Beliau menyifatkan usaha kerajaan memperkasakan peranan komuniti dengan meningkatkan tahap kesiapsiagaan masyarakat menghadapi bencana sebagai langkah tepat kerana pihak berkenaan boleh menjadi responder memandangkan mereka berada di lokasi kejadian bencana.
Selain melatih komuniti dengan kemahiran dan pengetahuan berdepan bencana, beliau mencadangkan kerajaan supaya meneliti keperluan lain seperti peralatan atau aset khusus yang boleh digunakan bagi memperkasa peranan mereka sebagai kumpulan awal memberi bantuan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 22 2023
Usaha kerajaan memperkasakan peranan komuniti dengan meningkatkan tahap kesiapsiagaan masyarakat menghadapi bencana disifatkan sebagai langkah tepat. - Gambar hiasan/BERNAMA
Pihak berkaitan perlu martabatkan tenunan Melayu yang kurang dapat perhatian - Tuanku Zara
Usaha komprehensif perlu dilaksanakan agar manfaat penyelidikan dan keistimewaan tenunan Melayu dapat diketengahkan kepada lebih ramai lagi.
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sejumlah 116,055 pelancong China, melawat Melaka sejak Januari hingga April tahun ini.
Malaysia di landasan tepat ke arah kesiapsiagaan hadapi bencana
Malaysia berada di landasan yang tepat ke arah memastikan kesiapsiagaan negara menghadapi bencana alam, kata Timbalan Pengarah Eksekutif MERCY Malaysia Hafiz Amirrol.